Sunday, March 6, 2016

Suri rumah juga ada cita-cita

Assalamualaikum

Pengalaman sebagai seorang suri rumah sangat mencabar diri saya. Saya boleh katakan yang ianya bukan mudah! Jika tidak tahan, rasa stress akan datang bertimpa-timpa.Tambah lagi jika seorang suri rumah itu sebelum ini penah bekerja seperti saya. Ditambah dengan kerenah anak-anak, itu sangat menguji kesabaran. Tapi saya cekalkan hati. Saya pilih ini demi membesarkan anak-anak. Demi keluarga tercinta.

Bukan mudah. Jika diingat-ingat kembali, bermacam kata-kata yang saya dapat untuk teruskan cita-cita saya ni(jadi suri rumah).Ada yang bagi nasihat yang memberi motivasi. Ada yang memerli. Ada yang pelik. Semua ragam manusia saya jumpa. Yang menyokong, terima kasih saya ucapkan. Yang mengkritik, terima kasih juga saya ucapkan.Bukan apa, mereka ini sebenarnya concern dan risaukan saya.(eh, yeke.hihi)

"Sayang je ijazah kau. Belajar tinggi-tinggi tapi duduk rumah". Ayat biasa yang dah beratus kali saya dengar. Bukan mudah nak menangani pandangan manusia. Hakikatnya, mereka tidak benar-benar tahu apa masalah saya, apa yang saya hadapi, apa yang saya lakukan, apa yang saya mahukan. Anyway, Alhamdulillah sebab suami menyokong. Dia yang lebih memahami.Thank you dear husband.

Siapa kata seorang suri rumah tiada cita-cita??? Sila ubah tanggapan tu. Semua orang ada cita-cita yang diimpikan agar jadi kenyataan. Jika tiada perkara yang baik yang boleh diucapkan, lebih baik diam. Kan?

Tak mengapa.Allah lebih mengetahui.Allah tahu apa yang terbaik.

Saya puas dapat jaga anak-anak. Masih cuba memperbaiki diri untuk menjadi ibu mithali. Tiada manusia sempurna di dunia ini. Jadi perlu saling lengkap-melengkapi.

Entry ini bukan untuk memburukkan sesiapa..Cuma sekadar pandangan dan luahan. Sebab rata-rata mentality kita masih memandang rendah suri rumah yang ada ijazah. Ketahuilah, bukan mudah untuk membuat keputusan ni. Bukan suka-suka. Setiap orang berhak membuat keputusan sendiri. Untuk diri. Untuk keluarga. Dan semuanya dengan izin Allah.

Percayalah, semua orang punyai kebolehan masing-masing. Yang penting kita cekal, sabar hadapi dugaan yang diberi olehNya.sebab setiap sesuatu dugaan itu ada hikmahnya.

Seperti kata rakan saya,abaikan kata-kata negatif, ketepikan dan teruskan hidup bahagia.

Lilis Selection.

No comments:

Post a Comment