Wednesday, October 5, 2016

Self reminder

Sebenarnya nak share apa yg sy rasa lepas sifu lukisan sy advise sy aritu. Tambah pulak dengan pendapat beberapa rakan2 tentang ni.

Ya, saya ambil upah lukisan mmg murah. Ade yg Kate bole mark up Lagi. Sebenarnya sy fikir camni, saya masih baru, amateur. Jadi baru berjinak2 semula dengan dunia lukisan dan nak jadikan bidang ini secara serious. Kalau masa sekolah dulu relevant la ambil upah lukis muka artis 50 Sen sajo! Haha..

Tapi dalam banyak2 pendapat sy terkesan dengan satu pendapat ni apabila diberitahu tentang harga lukisan sy sy jual, walaupun hanya melukis setangkai bunga ros!

Katenye saya meletakkan nilai seni lukisan itu terlalu rendah! Ya, terlalu rendah kerana Harga itu bukan utk kertas, tetapi utk seni itu sendiri. Betapa rendahnya nilai yg sy letakkan utk hasil seni sy sendiri. Tersentap beb!

Jadi, sejak itu, perspektif tentang hasil seni sy berubah. Saya harus terus menerus memperbaiki serta menghargai hasil seni saya yg 'mahal' itu. Sekian.

Selamat malam.

:)

Thursday, September 29, 2016

Resepi ayam goreng berempah

Assalamualaikum

Mudah je buat dia

Ayam setengah ekor
Ketumbar 1.5 sudu
Jintan Putih 0.5 sudu
Jintan manis 0.5 sudu
Halia 1inci
Lengkuas
Serai 2 batang
Sedikit serbuk Kari
Serbuk cukup rasa
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Serbuk Lada Hitam
Telur sebiji

Agak2la semua bahan tu ya hihi

Macamana nak buat??

Blend semua, perap. Setel!

Haha.

Mudah kan??

Smoga berjaya uolls!

Thursday, September 15, 2016

Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum semua!

Haa..mesti ingat sy attach resepi kat sini kan? haha..

Kite belanja pic dulu:


Throwback minum petang semalam.

Terliur? Resepi? Nanti saya kongsikan ya!


Lilis Selection.

Friday, September 9, 2016

Zaman dulu vs zaman sekarang

Assalamualaikum dan selamat pagi

Sedikit Coretan

Dahulu
Masih teringat masa kecik2 dulu Balik sekolah rendah berjalan kaki sampai berpeluh2. Walaupun jauh dan berjalan kaki, tak perlu risau n tak takut pun, walaupun jalan sorang2 dan perlu Lalu kawasan perkuburan pulak tu. Tengah2 berjalan siap ada orang yang tak kenal tumpangkan lagi, pn x risau sgt.

Sekarang
Bila kalau Jalan kaki walaupun ke kedai. Lagi2 Kalau bawa Budak kecik jalan2.xbole tinggalkan Jalan sendiri macam masa kita kecik2 dulu. Nak naik kereta org nak tumpangkan? Lagila seram. Kalau anak dah Besar sikit mungkin dia faham. Yang kecik2 mmg kena monitor. Dengan Berita tersebar lagi ada van Putih datang culik Budak. Nauzubillah...seram mak:(

Salam Jumaat :)

Lilis Selection

Wednesday, September 7, 2016

Bukan senang nak senang beb! (DROPSHIP AGENT WANTED!)

Assalamualaikum

Halamak! tengok tajuk ade tanda seru! kikiki
Jangan risau..sis bukan marah beb.. sis cuma nak open agen dropship untuk baju2 yang sis jual ;)
kenapa?? sebab sis memang niat nak berbahagi2 rezeki dengan semua..takmo makan sorang2

Sis pun pernah jadi dropship..bukan mudah ye sis2 semua..
macam2 pengalaman sis dah rasa..
biasalah, budak baru setahun jagung buat dropship sebab awalnya sis memang dah plan nak berhenti kerja. nak jaga anak2 sendiri, nak cari side income cam part time job, n niat memang nak berbisnes! yes! dengar macam best kan? perkataan bisnes tu kalau kau dengar memang best. kat mata ade simbol duit je.kakakakakakaka..

tapi..sis semua perlu faham..
banyak cabaran, onak, ranjau, duri, menanti sis2 semua!
ni bukan nak menakutkan sis semua, tapi ini reality beb!
customer da tfr duit kat ko tapi x jadi beli
customer marah kau n xnak berurusan lagi pasal stok salu abes
customer tanya stok itu ini pastu nak cenggitu cenggini cekadak memanjang
customer bising barang lambat sampai padahal dia pn lambat bayar dah nk dekat raya baru kau terhegeh2 nak bayar kan? hehe..gurau ye customer
customer beli baju x size(hah! sudah!)
customer kate nak bank in tapi sampai ke sudah x bank in(salu kene kan? haha)
ITU BIASE..

Cuba fikir sejenak..
kalau makan gaji, kadang xikut deadline,mc, AL tetibe anak sakit, terlewat sikit, pun, gaji tetap gitu juga
tapi..BISNES...ada masa sale kau banyak..ada masa sale kau sikit..ada masa kau duduk betul2 kat puncak gunung everest sebab heavennye rasa bila ramai customer beli barang kau.. tapi ade masa kau jatuh tersungkur sampai macam ade tapak tangan besau tepuk kau tebenam dalam tanah, cam ala2 citer kungfu hustle tuh! haha! eh jangan gelak nau. ini memang betul!

Tapi..
selama beberapa bulan sis dah berhenti keja dan menjaga anak2 dan meredah onak duri ranjau cabang dan dahan, walaupun serious cakap, penat gile2 jaga anak dengan macam2 fi'il sampai bole buat kau naik darah, jauh di sudut hati sis, sis hepi sebab sis xde kongkongan nak ade dateline itu ini, fail bertimbun atas meja, DLL(haha! aku malas nak taip- keje office biasala...memang camtu kn) ,sebab sis tertumpu kat uma n anak2 sis.
Bukan x sayangkan kerjaya, tapi reason utama adalah sis xnak susahkan mak sis. GILE kau x sayang keje dengan gaji tiap2 bulan masuk n enjoy working life?? memang sayang. tapi family lebih utama

Siapa kate x penat, penat tu mmg ade..lagi2 kau dpt anak lasak, meragam, tarzan sana sini..fuhhhhhhhhhh! berpeluh dahi. hehe
kat situ la bila jadi mak2 ni diuji.. bayangkan mak sis jaga anak2 sis sepanjang beberapa tahun sis kerja.. kalau sorang je ok lagi..masuk 2 org..nampak sangat kepenatan mak sis tu sampai dia tggu weekend nak kuar umah..kesian sangat.. sis nak dia bersenang lenang, jadi keputusan inilah yang sis ambil.




Inilah dua beradik yang kadangkala berjaya menukarkan wajah ibunya kepada mak kau ijau
(gambar beberapa bulan yg lepas)


Jadi, berbalik kepada topik asal tadi, sis nak cari agen yang betul KOMITED, JUJUR, RAJIN dan IKHLAS untuk tambah income. Takmau la yang main2, CONTOH, bile aku da invite ko masuk dalam group, pastu senang2 kau left dengan takde bgi reason pape. sedih wei..datang berjemput, last2 kau blah camtu jek! aduiii laa..TAKMO TAKMO TAKMO yang macam tu.

Camne nak join???
Senang ajo, whatsapp ajo terus kat nombor ni: 0129029544

Kalau korang nak tengok2 dulu page sis, boleh KLIK DISINI  search je fb page Lilis Selection.
INSTA pn hado..pegi ke instagram search lilis_selection , maka akan menjelmalah wajah seorang permaisuri bersama puterinya disitu.gitewwwwww~~ haha!

Next entry, ade entry khas about my son. stay tune n follow sis kat blog ni kalau nak baca! Tak nak baca sudah

p/s: biasa aku mmg payah nak menaip, jadi bile da sekali menaip..hambek..macam2 kuar utk tatapan korang walaupun sebenarnye aku tau kalau korang nampak blog ni bukan nak baca pn.buahahah!

Good nite everyone and assalamualaikum.

Lilis Selection.









Friday, September 2, 2016

HOLA!

Bersawang!!
Itu yg sesuai untuk blog ni. Kikiki.
Almaklumla macam2 berlaku dalam 2 Bulan ni.
Stay tune for the latest post soon!

Assalamualaikum :)

Monday, July 11, 2016

Dilwale Punya hal.

Sebenarnya memang nak tengok dilwale ni lama dah. Konon nak ngedate dengan cik abg kat wayang. Rancang punya rancang tak jadi2 sampai citer tu dah takde tayang kat panggung.

Jadi cik abang kata, 'haa xpe yang, abang ada download dalam pendrive' waaaa..smangat nak tengok ada balik. Cik abg buka cter tu kat pc..konon2 dapat tengok. Xdpt jugak sebab baru nak tengok budak2 dah: ' mama...mama...nak ni...nak tu.....' n pastu tengok citer tu sekejap2 sampai da xtau jalan cerita.jadi mereput le dilwale dalam pc tu. (hahah!)

Dalam hati Kate, 'xpela nti bole tengok'. Sampai berbulan2 n sampai kau da terlupa pn nak tengok :D...  Tup Tup tengok...eh...ade iklan dilwale nak tayang kat TV la..... Mesti tengok kali ni!

Maka ini malam aku cuba ngadap depan TV konon2 nak tengok citer penuh..tapi xpela dik non. Aku lupakan hasrat yang x brapa nak murni tu kerana kini ku berada dalam bilik untuk tidurkan putera dan puteriku.

K.Babai dilwale!

#familyfirst

Friday, May 27, 2016

Bahagia kita

Assalamualaikum

Sekadar luahan.

Orang tak tau camana keadaan kita. Orang tak tau camana kepayahan kita. Apa yang kita dah alami. Apa yang kita dah rasa.

Dan apabila kita dijadikan bahan ketawa dan bahan sindiran, kita hanya mampu senyum. Lebih baik senyum dari berkata yang tak sepatutnya. Walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu apa yang kita rasakan.

Takpa lah. Buang yang negatif, ambil yang positif. Janji kita hidup bahagia. Bahagia kita hanya kita yang tahu. Alhamdulillah.

:)

Monday, May 23, 2016

NIAT


Copy n paste
Good sharing:)


Sedih lah. Harini tiada sale langsung. Ramai je yg pm. Wasap pun ada jugak. Tp seorang pun tak berjaya 'bank in'

Tak tahu mana silap saya. Saya dah buat yg terbaik. Dah promote, dah iklan, dah share, dah buat apa saja tp nasib tidak menyebelahi saya. Saya buntu 😢😢

-----------------------------------------
Sebenarnya, jgn kata awak je. Saya pun pernah alami benda yg sama. Pernah juga suatu ketika tiada sale langsung dari pg sampai ke malam. Gelisah semacam. Hati nk marah je bila tak da sale masuk.

Setiap peniaga baru atau lama pasti ada rasa begini. Ini lah pengalaman ini lah cabaran. Sampai dah buntu apa lagi harus dibuat.

Di sini saya cuba bantu. Betulkan niat anda semula.

> SEBELUM MENJUAL <
Niat : sebelum pos iklan kita niat dalam diri kita dengan niat 'Ya Allah, permudahkan urusan niaga aku.. semoga org yg pandang iklan ni membelinya dan produk ini dapat memberi manfaat buat pembeli'
'Ya Allah, aku perlukan duit utk perbelanjaan harianku. Permudahkan rezeki ku Ya Allah'.

Nampak? Sebenarnya banyak ja tips. Niat tu biar yg baik-baik dan seikhlas boleh. Merayu lah. Merintih lah. Tp jgn lah begitu mengharap. Berniaga ni memg 100% kebergantungan kepada Pencipta. Kita bukan bekerja mcm org lain yg hujung bulan tengah bulan dapat gaji.

Bersabar lah. Mungkin Allah nk kita rehat sekejap. Mungkin Allah nk kita lihat mana salah kita. Adakah kita terlalu fokus berniaga sehingga lupakan Dia? Adakah kita terlalu fokus sehinggakan terlupa tanggungjawab kita? Bersangka baik ok.

Sebab tu adanya muhasabah diri. Banyakkan berdoa, minta banyak2 pada Dia. Allah kan Maha Kaya.

Dah jgn sedih-sedih. Semoga esok Allah Swt deraskan lagi rezeki dan nikmatNya buat kepada kita semua.

Amin Allahumma Amin =)

Sunday, May 22, 2016

Tempahan Sticker Dibuka!

Assalamualaikum semua:)

Fuhh! busy sampai xsempat nak update blog ..huhu..maaf sgt2..

Orait..entry kali ni khas untuk sesiapa sahaja yang nak cari sticker untuk ditampal kat produk u olls
maksudnya sape2 nak tempah tu boleh la pm/wassap terus ke 0129029544

Mudah je, korang bagi design (kalau nak kami design bolej juga, tapi inform awal ya:))

HARGA?? Murah je uolls.. saya sertakan jadual kuantiti dan harga seperti di bawah ya:)



murah kan!! rugi kalau tak order dengan kita tau:)


Orait..ini contoh ya:)



3 SEBAB KENAPA PERLU TEMPAH STICKER DENGAN KAMI:

Kelebihan sticker:
✔ Jika terkena air tak mudah koyak
✔ Boleh buka mcm biasa dan tampal semula
✔ Murah dan berkualiti

Pm/ws sy 0129029544 segera!!! 


Jangan tunggu! JOM order SEKARANG!!!
p/s: Nanti kita update lagi tau:)


Lilis Selection.

Saturday, May 14, 2016

Portrait drawing

Assalamualaikum
Selamat berhujung minggu:)

Another artwork ordered by customers:)


I'm quite busy so lambat sikit update.

Berminat untuk menempah lukisan potret boleh pm /ws direct ke 0129029544 k dear

Lilis Selection.

Monday, April 11, 2016

Latest update!

Assalamualaikum Syg2 sekalian.

Alhamdulillah..siap 1 lagi lukisan tempahan by kawan lama sy time blajar dulu. Gambar sweet je time nikah.hihi

Tq leez.moga murah rezki ko:)

Kalau korang nak tempah bole view harga di post sy sebelum ni atau bole pm/ws 0129029544 ya;)



Jumpa lagi dalam entry yg lain;)

Lilis Selection.

Friday, April 8, 2016

CONTEST KEMBALI!!!

Assalamualaikum dear viewers!

Admin nak bagi free shawl kepada sesapa yang follow blog admin ni n LIKE page admin Lilis Selection

Hadiah???? Jeng3..
Free Lace & beads shawl dari Lilis Selection!!! Macam di bawah ni ya:




Jangan lepaskan peluang ni ya..mana tau rezki anda kan???

Cara2 nya mudah sahaja:

1) LIKE page Lilis Selection

2) FOLLOW blog admin ni ya: www.mahligaiaisy.blogspot.my 

3) SHARE post ini di wall anda ya

Sokongan dari anda semua amat2 admin Hargai!

terima kasih semua n moga kalian dimurahkan rezeki;)

Jumpa lagi dalam entry yg akan datang;)

Lilis Selection.

Saturday, April 2, 2016

Thank you!

Assalamualaikum buddies.cewah

Tengok la skrg musim panas.jadinya musim sakit tekak batuk n demam da bermula.termasukla Aku yg x brapa shat skrg. Jadi nak buat keje pn tergendala
Takpe.sakit tu kan penghapus Dosa;)

Alkisah lukisan ni ditempah oleh Salah seorang Dr fb customer.utk adiahkan kpd member.beliau pilih pakej 1 (with frame saiz A3)

Walaupun x shat akhirnya berjaya disiapkan.syukur2.. Alhamdulillah!

OK ni pic nya di bawah:




Jumpe lagi dlm next post.

Lilis Selection.

Monday, March 14, 2016

Latest update!

Assalamualaikum!

Cuaca panas. Sabau jele banyak2 ea..
Orait, nak update lukisan terbaru order by customer.terima kasih! Maaf jika ada sekarang kekurangan.



Sesape nak tempah lukisan potret boleh la pm sy di 0129029544 ya

Harga dan pakej yg ada..sila rujuk post yg sebelum ni ya..Tq sgt2;)


Lilis Selection.

Sunday, March 6, 2016

Suri rumah juga ada cita-cita

Assalamualaikum

Pengalaman sebagai seorang suri rumah sangat mencabar diri saya. Saya boleh katakan yang ianya bukan mudah! Jika tidak tahan, rasa stress akan datang bertimpa-timpa.Tambah lagi jika seorang suri rumah itu sebelum ini penah bekerja seperti saya. Ditambah dengan kerenah anak-anak, itu sangat menguji kesabaran. Tapi saya cekalkan hati. Saya pilih ini demi membesarkan anak-anak. Demi keluarga tercinta.

Bukan mudah. Jika diingat-ingat kembali, bermacam kata-kata yang saya dapat untuk teruskan cita-cita saya ni(jadi suri rumah).Ada yang bagi nasihat yang memberi motivasi. Ada yang memerli. Ada yang pelik. Semua ragam manusia saya jumpa. Yang menyokong, terima kasih saya ucapkan. Yang mengkritik, terima kasih juga saya ucapkan.Bukan apa, mereka ini sebenarnya concern dan risaukan saya.(eh, yeke.hihi)

"Sayang je ijazah kau. Belajar tinggi-tinggi tapi duduk rumah". Ayat biasa yang dah beratus kali saya dengar. Bukan mudah nak menangani pandangan manusia. Hakikatnya, mereka tidak benar-benar tahu apa masalah saya, apa yang saya hadapi, apa yang saya lakukan, apa yang saya mahukan. Anyway, Alhamdulillah sebab suami menyokong. Dia yang lebih memahami.Thank you dear husband.

Siapa kata seorang suri rumah tiada cita-cita??? Sila ubah tanggapan tu. Semua orang ada cita-cita yang diimpikan agar jadi kenyataan. Jika tiada perkara yang baik yang boleh diucapkan, lebih baik diam. Kan?

Tak mengapa.Allah lebih mengetahui.Allah tahu apa yang terbaik.

Saya puas dapat jaga anak-anak. Masih cuba memperbaiki diri untuk menjadi ibu mithali. Tiada manusia sempurna di dunia ini. Jadi perlu saling lengkap-melengkapi.

Entry ini bukan untuk memburukkan sesiapa..Cuma sekadar pandangan dan luahan. Sebab rata-rata mentality kita masih memandang rendah suri rumah yang ada ijazah. Ketahuilah, bukan mudah untuk membuat keputusan ni. Bukan suka-suka. Setiap orang berhak membuat keputusan sendiri. Untuk diri. Untuk keluarga. Dan semuanya dengan izin Allah.

Percayalah, semua orang punyai kebolehan masing-masing. Yang penting kita cekal, sabar hadapi dugaan yang diberi olehNya.sebab setiap sesuatu dugaan itu ada hikmahnya.

Seperti kata rakan saya,abaikan kata-kata negatif, ketepikan dan teruskan hidup bahagia.

Lilis Selection.

Thursday, March 3, 2016

Buah Tunjuk Langit

Assalamualaikum

Entry kali ni adalah tentang Buah Tunjuk Langit

Korang mesti ade yg pernah dengar, ade yg terpinga2 nak tau buah ape ni kan?
Ok,,sbnrnya sy pon baru tau about this buah bila mak sedara saya disahkan menghidap penyakit kecing manis dan one of my cousin perkenalkan ubat ni pada beliau. Mmg kate dia turun kencing manis dgn jayanya! Alhamdulillah!

Jadi memandangkan my mom pon ade pyakit kencing manis, kolestrol dan darah tggi (3 serangkai org kate)..my mom dia berminat nak try ubat ni..sebelum ni kalau uoll nak tau..my mom sukeeee sgt2 dgn teh tarik kawww(pekat dan manis berkrim) hmmm..paham2 jela kandungan gula dalam tu kan
Sy sgt risaukan kesihatan mak sy tu..dan skrg beliau pn da makan ubat tunjuk langit ni.consume dalam 2 bulan..as a result....tekanan darah mak sy da turun.darah ok..BUT! kencing manis masih pada tahap tggi..yaitu 12 !!.. Aduilapon! tapi still syukur sebab xteruk sgt macam dulu..

Tapi xpe..skrg my mom da kurangkan minum teh tarik..hopefully dapat sembuh seperti sediakala hendakNYA..AMIN..(masalah mak aku ni satu je kadang x pantang makan.dia kate makan tu sodap lahai...hai hai..)

Nak tengok x gope buah tunjuk langit ni camno?? Haaa..ekau tengok botul2...kek bawah ni yo:

 Haa.ni dia buah tunjuk langit tu
amacam?ade cam rupa alien x kat situ. tapi bentuk dia mmg unik kan



Ni kita close up sikit buahnya. bila bukak kulit tu dalam ade isi putih mcm kuaci tu
rase buah ni sangat la pahit kate mak saya.kalau pagi makan, sampai ke petang boleh rasa.
tapi elok untuk kesihatan


Kat bawah ni adalah khasiat buah tunjuk langit.saya ambil dari satu forum ni:


Antara khasiat-khasiatyang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-


1.Anti-penuaan
2.Kekejangan otot
3.Alahan kulit / Psoriasis
4.Kurang Bertenaga / Keletihan
5.Asma / Alahan Pernafasan
6.Masalah Tidur
7.Barah / Ketumbuhan
8.Penyakit Jantung
9.Gout / Artritis / Gastrik
10.Penyakit Hati
11.Haid dan Keputihan
12.Resdung / migrain
13.Hubungan Kelamin Strok
14.Kolestrol tinggi
15.Sembelit / Buasir
16.Kencing manis
17.Tekanan darah tinggi
18.Kegemukan Tekanan darah rendah
19.Kesuburan
20.Tulang Belakang



Haa..byk kan khasiat?? Orang dulu2 mmg xde sgt ubat2 hospital ni..jadi ramai yg pilih cara natural.. tapi segala penyakit dan kesembuhan tu pn dengan izin Allah. jadi dia yang maha mengetahui

Jika sakit kita cari ikhtiar utk sembuh.selebihnya serah pada Allah s.w.t.


Anyway, tengah taip entry ni..saya dapat info dari group wassap ade kejadian gempa bumi kat sumatera..n ade tsunami kecil setinggi 10cm bakal melanda langkawi dalam masa 4 jam..

Semoga kita semua dilindungi Allah dari sebarang bencana. amin ya rabbal a'lamin..
(sebenarnya seram tau kalau dengar2 gempa ni..sebab teringat2 masa kejadian di acheh dulu yg meragut byk nyawa..tapi beringatlah, Allah jadikan sesuatu tu pasti ade hikmah di sebaliknya kan)

Ok dear, emtry stop smpi sini dulu. jumpa lagi di lain entry ya!

Wassalam..


Lilis Selection.

Monday, February 29, 2016

Jangan ambil mudah dengan permainan anak-anak!

Assalamualaikum n hai semua.

Baru-baru ni seperti biasa saya dok melayan anak2 saya main permainan yang ada dalam bakul kaler pink(hihi) dia tu. yang si kakak mmg suka main fish2 yg berwarna warni katenya 'nak pancing fish mama!' (layankan)

dan yang si kecik(adik-boy) dok pegang fish yg lain.
Suddenly nampak dia macam kemam something(aishhh..rasa aku xde pulak bagi dia makan pape tadi). Alkisah...(TOYYYIIBBB)..sy pon suruh dia 'bluekk' kuarkan ape yg ade dlm mulut.. apa yg saya jumpa???

ya Allah..mengucap panjang kau... korang cuba tengok pic kat bawah ni

Korang nampak skru comel tu?? yang ni yang budak ni kemam
huhu..(abaikan tangan yang berkedut tu!)

yg ni fish yg xberapa nak fish.turtle dan seangkatan dgn fish2 yg lain. tengok ade skru di situ



Peringatan untuk sy jugak sebab kadang2 kita terlepas pandang bende2 remeh camni.
Jadi, ade sebab kenapa kat mainan budak2 tu kadang kalau korang perasan ade tulis (not suitable for kids below 3 years) betul x???
SEBAB..kadang2 small parts dari mainan2 ni la yg mengundang bahaya (istighfar lagi)

Saya share kan sedikit info yg saya copy paste utk tatapan uolls. Info ni sy dapat dari website KPDNKK. Sharing as ini sebagai precaution utk kita semua ya..


Apakah nasihat yang KPDNKK boleh berkongsi dengan ibu bapa di luar sana berhubung standard keselamatan mainan?

  1. perlindungan diri adalah penting dan ibu bapa perlu bertanggungjawab di mana mereka perlu sedar mainan isu-isu keselamatan yang berkaitan dan pastikan mainan dibeli dengan mengambil kira bahaya atau risiko accossiated dengan mainan. Mainan juga mestilah sesuai dengan umur kanak-kanak.
    Selanjutnya, objek kecil seperti mainan kecil atau komponen termasuk mata mainan lembut ', buih atau tombol yang memecah off atau dikeluarkan daripada mainan boleh berniat bahaya tercekik, pengambilan atau masalah penyedutan kepada kanak-kanak. Oleh itu ibu bapa perlu memilih mainan sesuai dengan bijak.
  2. Bahan kimia seperti logam berat mengasaskan dalam cat, lapisan pada permukaan mainan mengandungi plumbum yang sangat toksik dan boleh menyebabkan kanser dan menghalang perkembangan otak pada kanak-kanak kecil. Seorang kanak-kanak di bawah umur 3 tahun mempunyai kecenderungan untuk memasukkan mainan ke mulut mereka dan ini boleh menyebabkan penghijrahan unsur-unsur logam berat jika mainan tidak mematuhi standard keselamatan mainan.




Nak tau lanjut tentang permainan kanak2 anda boleh klik di SINI

Nasib baik... mungkin yg dak adik ni rasa xsedap gaknye skru tu..dia pon xdela telan. kalau dia telan..nauzubillah.....!! mama jerit macam tarzan dulu dik oi..

Careful ya semua!
Jangan ambil mudah 


Lilis Selection.

Saturday, February 27, 2016

Yeay!

Assalamualaikum wahai pengunjung yang budiman;)

Alhamdulillah, siap satu lagi lukisan potret utk customer! Tq sudi tempah;)cust sy yg kali ni memilih pakej 1(Saiz A3) with frame.

Ramai yg tya harga, jadi saya repost sekali lagi di sini ya:





Harga pakej adalah seperti berikut:


PAKEJ 1

(without frame)
Saiz A3 (Hitam Putih)
Harga: RM60 (for one person)
Tambahan person dalam potret RM20 (setiap tambahan kepala)
Postage: RM7 sm / RM10 ss (FREE COD DALAM MELAKA)


(with frame)
Saiz A3 (Hitam Putih)
Harga: RM60 (for one person)
Tambahan person dalam potret RM20 (setiap tambahan kepala)
Frame (size A3) RM35
Postage: RM7 sm / RM10 ss (FREE COD DALAM MELAKA)


====================================


PAKEJ 2

(without frame)
Saiz A4 (Hitam Putih)
Harga: RM45 (for one person)
Tambahan person dalam potret RM15 (setiap tambahan kepala)
Postage: RM7 sm / RM10 ss (FREE COD DALAM MELAKA)


(with frame)
Saiz A4 (Hitam Putih)
Harga: RM45 (for one person)
Tambahan person dalam potret RM15 (setiap tambahan kepala)
Frame (size A4) RM30
Postage: RM7 sm / RM10 ss (FREE COD DALAM MELAKA)


Thursday, February 25, 2016

Surat untuk suami







Dear husband,

Bile abg takde.sunyinye lahai..
Bile abg takde.boringnye lahai..
Ape yg syg buat sepanjang abg xde.
Mcm biasa la.kemas.basuh baju.masak.mainan bersepah.kemas balik.borak dengan anak2.ketawa dgn anak2.cakap dgn dinding.cakap dalam hati.
Cakap sowang2.
Bile abg takde mmg rasa hilang separuh badan ni.mmg betullah ape yg org Kate.suami tu pelengkap hidup kite.rasa cam lost.
Cepat pulang ye bang.syg rindu..
Rasa cam x sanggup dah.

Nite.

P/s: sorry out of topic ;)


Wednesday, February 24, 2016

Terima kasih!

Assalamualaikum

Update terbaru utk lukisan potret;)
Tq to this customer! Hadiah utk Teman baik beliau..cust sy ni pilih pakej 1(with frame)

Uols nak tau Harga pakej yg sy tawarkan? Jom klik SINI ya!

Atau bole pm/ws sy di 0129029544 



Jumpa Lagi di post yang lain ya;)
Wassalam

Lilis Selection.

Thursday, February 11, 2016

Tukar MINAT kepada MINTA

Salam.

arini saya share info yang sgt2 berguna n penah sy dengar masa zaman2 belajar dulu. Tapi yg ini dapat dari sifufbads..so, jom Baca.sgt2 berguna utk yg Baru nk Berniaga/xtau Nak Berniaga apa. Sbnrnya sy dari zaman sekolah mmg Adela.berjinak2 Nak bniaga
.tapi cite2 xdela smpi Nak jadi businesswoman time tu pasal keliling sy ramai yg makan gaji termasuk ayah saya.bila pk Nak g sekolah dulu duit limited,saje la menerai.sekolah rendah jual mangga jeruk share dgn kawan2..Masa tu murah.jual 30Sen sepeket.tapi dolu2 tu kira mahal sbb byk bende bole beli.laa ni xdapat la nak oi..pastu Main undi mase tu dapat RM12.50 pn da kire banyak..Nak tokok duit Blanja..then start masuk sekolah menengah jual lukisan potret.masa ni da pk.best ni, bole buat duit.darah Muda..paham2 ajolah.jual murah masa tu..50 Sen je sehelai potret.hahahahha..xpela..xpandai main Harga lagi..banyak lagi Nak cite2.tapi nti sy kupas satu2.chewah ayat!tapi sies mmg byk Nak cter!u all tunggu ja k.

Ok2. Back to the topic.kadang2 kite x sedar.bende yg kite minat tu bole buat duit.kite Gunakan lah minat/bakat yg kita Allah dah bagi tu sebaiknya.saya sendiri pn masih bertatih.

Satu yg admin Nak share.bila kite da start Berniaga atas usaha kita Cuba Tarik customer..promosi..yes! PROMOSI tu sgt penting ya kawan2! Cara handle customer..trima bayaran..Percayalah..Kite rasa macam appreciate dan syukur sgt2 sbb kite berusaha sampai customer jadi beli brg kite.bukan mudah.hasil penat Lelah dan yg pasti kite berdoa dan berdoa agar urusan kite dipermudahkan.agar customer puas ati apa yg dibeli.dorang bole pakai/Guna. OK.asek bebel je kan.nti kite update lagi ye;)

so, jom Baca ni:


"Saya nk wat bisnes,tp xtau nk wat bisnes apa..leh bntu saya dptkan idea?"
.
1 of thousands soalan fofular yg masuk ke inbox
.
Antara jwpan yg bleh dibagi..mulakan dgn sesuatu uols MINAT!
.
Dlm bisnes, especially bisnes online, amat penting jika anda jalankan bisnes yg memang anda minat.
.
Belive it or not, bila anda buat sesuatu yg anda minat, automatik anda akan lebih bermotivasi dan bersemangat utk pastikan minat anda tu brjaya dilaksanakan. 
.
Minat juga akan berikan anda satu 'power' yg buatkan anda x cepat surrender bila berdepan cabaran.
.
Thats why kami sering cdgkan jika nk wat bisnes, pastikan anda lakukan sesuatu yg anda minat. Bukan terikut-ikut org. 
.
TAPI..
.
Dlm dunia bisnes online arini, jgn terlalu bergantung pd minat shj..
.
Apa yg terbaik adalah pastikan apa yg anda MINAT itu ada perMINTAan. Barulah selari..
.
Kalau buat bnda yg anda MINAT, tp xde perMINTAan, tu namanya syiok sendiri..

👍👍

Wednesday, February 10, 2016

Kepala pusing:(

Salam semua..

Arini kepala agak pusing..jadi Nak taip pn x brapa Nak larat.but don't worry. Tggu hasil lukisan admin yg akan datang k dear!

Hihi

Nanite..Wassalam;)

Tuesday, February 9, 2016

Salam semua..

Hihi..tengah2 stok tgh Kuch Kuch Hota Hai sy tetibe rasa Nak lukis seround..haha..tapi jadi smpi 2 round..jadi ni la hasil lukisan malam ni ya..

Bunga ros

Yang ini korang kenal x? Haha
Ini first time sebenarnye admin Guna warna pastel..jadi byk bende nak kene belajar lagi.hihi.keh Xpe2, usaha tangga kejayaan kan??

OK la.admin pn da ngantuk..jom kite tdo ya..nite2;)

Monday, February 8, 2016

Ada lagi..jom tengok;)

Assalamualaikum!

Hai dear..
Today's update..jom tengok latest drawings by me
Nak order juz pm sy di 0129029544 ya;)

Lukisan ni ditempah oleh customer saya dari Masjid Tanah sempena kelahiran ibunya;) TQ

Ini lukisan suka2.haha..berminat jom pm sy di 0129029544 ;)


HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!!
ada yang nak bagi ang pow tak? Haha..
K bai~


Lukisan Potret in da house!!!


Assalamualaikum..

To all viewers/folowers/likers, do follow me here and kalau korang berminat nak sy lukiskan potret untuk dijadikan hadiah/cenderahati, jangan malu2..jangan segan2 nak tempah ya..pm/wassap sahaja 0129029544 dan saya akan reply secepat mungkin k dear!

Pakej adalah seperti berikut:

PAKEJ 1
(without frame)
Saiz A3 (Hitam Putih)
Harga: RM60 (for one person)
Tambahan person dalam potret RM20 (setiap tambahan kepala)
Postage: RM7 sm / RM10 ss (FREE COD DALAM MELAKA)

(with frame)
Saiz A3 (Hitam Putih)
Harga: RM60 (for one person)
Tambahan person dalam potret RM20 (setiap tambahan kepala)
Frame (size A3) RM35
Postage: RM7 sm / RM10 ss (FREE COD DALAM MELAKA)

=======================================================

PAKEJ 2
(without frame)
Saiz A4 (Hitam Putih)
Harga: RM45 (for one person)
Tambahan person dalam potret RM15 (setiap tambahan kepala)
Postage: RM7 sm / RM10 ss (FREE COD DALAM MELAKA)

(with frame)
Saiz A4 (Hitam Putih)
Harga: RM45 (for one person)
Tambahan person dalam potret RM15 (setiap tambahan kepala)
Frame (size A4) RM30
Postage: RM7 sm / RM10 ss (FREE COD DALAM MELAKA)


Anda boleh LIKE FB page Lilis Selection  atau boleh FOLLOW saya di Instagram page lilis_selection 

Boleh pm/ws saya juga ya di 0129029544


Kat bawah ni adalah contoh hasil lukisan saya. Jom cuci mata, dah alang2 masuk blog ni kan? Hihi..










Orait bebeh, stop sini dulu post kite. Nanti kite update lagi k:)
Kalau berkenan, jom pm saya cepat2. Haaaa...lagi satu nak btau..harga boleh runding lagi..pape pm jek 0129029544 ya...Hihi
Wassalam~