Thursday, September 29, 2016

Resepi ayam goreng berempah

Assalamualaikum

Mudah je buat dia

Ayam setengah ekor
Ketumbar 1.5 sudu
Jintan Putih 0.5 sudu
Jintan manis 0.5 sudu
Halia 1inci
Lengkuas
Serai 2 batang
Sedikit serbuk Kari
Serbuk cukup rasa
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Serbuk Lada Hitam
Telur sebiji

Agak2la semua bahan tu ya hihi

Macamana nak buat??

Blend semua, perap. Setel!

Haha.

Mudah kan??

Smoga berjaya uolls!

Thursday, September 15, 2016

Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum semua!

Haa..mesti ingat sy attach resepi kat sini kan? haha..

Kite belanja pic dulu:


Throwback minum petang semalam.

Terliur? Resepi? Nanti saya kongsikan ya!


Lilis Selection.

Friday, September 9, 2016

Zaman dulu vs zaman sekarang

Assalamualaikum dan selamat pagi

Sedikit Coretan

Dahulu
Masih teringat masa kecik2 dulu Balik sekolah rendah berjalan kaki sampai berpeluh2. Walaupun jauh dan berjalan kaki, tak perlu risau n tak takut pun, walaupun jalan sorang2 dan perlu Lalu kawasan perkuburan pulak tu. Tengah2 berjalan siap ada orang yang tak kenal tumpangkan lagi, pn x risau sgt.

Sekarang
Bila kalau Jalan kaki walaupun ke kedai. Lagi2 Kalau bawa Budak kecik jalan2.xbole tinggalkan Jalan sendiri macam masa kita kecik2 dulu. Nak naik kereta org nak tumpangkan? Lagila seram. Kalau anak dah Besar sikit mungkin dia faham. Yang kecik2 mmg kena monitor. Dengan Berita tersebar lagi ada van Putih datang culik Budak. Nauzubillah...seram mak:(

Salam Jumaat :)

Lilis Selection

Wednesday, September 7, 2016

Bukan senang nak senang beb! (DROPSHIP AGENT WANTED!)

Assalamualaikum

Halamak! tengok tajuk ade tanda seru! kikiki
Jangan risau..sis bukan marah beb.. sis cuma nak open agen dropship untuk baju2 yang sis jual ;)
kenapa?? sebab sis memang niat nak berbahagi2 rezeki dengan semua..takmo makan sorang2

Sis pun pernah jadi dropship..bukan mudah ye sis2 semua..
macam2 pengalaman sis dah rasa..
biasalah, budak baru setahun jagung buat dropship sebab awalnya sis memang dah plan nak berhenti kerja. nak jaga anak2 sendiri, nak cari side income cam part time job, n niat memang nak berbisnes! yes! dengar macam best kan? perkataan bisnes tu kalau kau dengar memang best. kat mata ade simbol duit je.kakakakakakaka..

tapi..sis semua perlu faham..
banyak cabaran, onak, ranjau, duri, menanti sis2 semua!
ni bukan nak menakutkan sis semua, tapi ini reality beb!
customer da tfr duit kat ko tapi x jadi beli
customer marah kau n xnak berurusan lagi pasal stok salu abes
customer tanya stok itu ini pastu nak cenggitu cenggini cekadak memanjang
customer bising barang lambat sampai padahal dia pn lambat bayar dah nk dekat raya baru kau terhegeh2 nak bayar kan? hehe..gurau ye customer
customer beli baju x size(hah! sudah!)
customer kate nak bank in tapi sampai ke sudah x bank in(salu kene kan? haha)
ITU BIASE..

Cuba fikir sejenak..
kalau makan gaji, kadang xikut deadline,mc, AL tetibe anak sakit, terlewat sikit, pun, gaji tetap gitu juga
tapi..BISNES...ada masa sale kau banyak..ada masa sale kau sikit..ada masa kau duduk betul2 kat puncak gunung everest sebab heavennye rasa bila ramai customer beli barang kau.. tapi ade masa kau jatuh tersungkur sampai macam ade tapak tangan besau tepuk kau tebenam dalam tanah, cam ala2 citer kungfu hustle tuh! haha! eh jangan gelak nau. ini memang betul!

Tapi..
selama beberapa bulan sis dah berhenti keja dan menjaga anak2 dan meredah onak duri ranjau cabang dan dahan, walaupun serious cakap, penat gile2 jaga anak dengan macam2 fi'il sampai bole buat kau naik darah, jauh di sudut hati sis, sis hepi sebab sis xde kongkongan nak ade dateline itu ini, fail bertimbun atas meja, DLL(haha! aku malas nak taip- keje office biasala...memang camtu kn) ,sebab sis tertumpu kat uma n anak2 sis.
Bukan x sayangkan kerjaya, tapi reason utama adalah sis xnak susahkan mak sis. GILE kau x sayang keje dengan gaji tiap2 bulan masuk n enjoy working life?? memang sayang. tapi family lebih utama

Siapa kate x penat, penat tu mmg ade..lagi2 kau dpt anak lasak, meragam, tarzan sana sini..fuhhhhhhhhhh! berpeluh dahi. hehe
kat situ la bila jadi mak2 ni diuji.. bayangkan mak sis jaga anak2 sis sepanjang beberapa tahun sis kerja.. kalau sorang je ok lagi..masuk 2 org..nampak sangat kepenatan mak sis tu sampai dia tggu weekend nak kuar umah..kesian sangat.. sis nak dia bersenang lenang, jadi keputusan inilah yang sis ambil.




Inilah dua beradik yang kadangkala berjaya menukarkan wajah ibunya kepada mak kau ijau
(gambar beberapa bulan yg lepas)


Jadi, berbalik kepada topik asal tadi, sis nak cari agen yang betul KOMITED, JUJUR, RAJIN dan IKHLAS untuk tambah income. Takmau la yang main2, CONTOH, bile aku da invite ko masuk dalam group, pastu senang2 kau left dengan takde bgi reason pape. sedih wei..datang berjemput, last2 kau blah camtu jek! aduiii laa..TAKMO TAKMO TAKMO yang macam tu.

Camne nak join???
Senang ajo, whatsapp ajo terus kat nombor ni: 0129029544

Kalau korang nak tengok2 dulu page sis, boleh KLIK DISINI  search je fb page Lilis Selection.
INSTA pn hado..pegi ke instagram search lilis_selection , maka akan menjelmalah wajah seorang permaisuri bersama puterinya disitu.gitewwwwww~~ haha!

Next entry, ade entry khas about my son. stay tune n follow sis kat blog ni kalau nak baca! Tak nak baca sudah

p/s: biasa aku mmg payah nak menaip, jadi bile da sekali menaip..hambek..macam2 kuar utk tatapan korang walaupun sebenarnye aku tau kalau korang nampak blog ni bukan nak baca pn.buahahah!

Good nite everyone and assalamualaikum.

Lilis Selection.









Friday, September 2, 2016

HOLA!

Bersawang!!
Itu yg sesuai untuk blog ni. Kikiki.
Almaklumla macam2 berlaku dalam 2 Bulan ni.
Stay tune for the latest post soon!

Assalamualaikum :)