Monday, March 14, 2016

Latest update!

Assalamualaikum!

Cuaca panas. Sabau jele banyak2 ea..
Orait, nak update lukisan terbaru order by customer.terima kasih! Maaf jika ada sekarang kekurangan.



Sesape nak tempah lukisan potret boleh la pm sy di 0129029544 ya

Harga dan pakej yg ada..sila rujuk post yg sebelum ni ya..Tq sgt2;)


Lilis Selection.

Sunday, March 6, 2016

Suri rumah juga ada cita-cita

Assalamualaikum

Pengalaman sebagai seorang suri rumah sangat mencabar diri saya. Saya boleh katakan yang ianya bukan mudah! Jika tidak tahan, rasa stress akan datang bertimpa-timpa.Tambah lagi jika seorang suri rumah itu sebelum ini penah bekerja seperti saya. Ditambah dengan kerenah anak-anak, itu sangat menguji kesabaran. Tapi saya cekalkan hati. Saya pilih ini demi membesarkan anak-anak. Demi keluarga tercinta.

Bukan mudah. Jika diingat-ingat kembali, bermacam kata-kata yang saya dapat untuk teruskan cita-cita saya ni(jadi suri rumah).Ada yang bagi nasihat yang memberi motivasi. Ada yang memerli. Ada yang pelik. Semua ragam manusia saya jumpa. Yang menyokong, terima kasih saya ucapkan. Yang mengkritik, terima kasih juga saya ucapkan.Bukan apa, mereka ini sebenarnya concern dan risaukan saya.(eh, yeke.hihi)

"Sayang je ijazah kau. Belajar tinggi-tinggi tapi duduk rumah". Ayat biasa yang dah beratus kali saya dengar. Bukan mudah nak menangani pandangan manusia. Hakikatnya, mereka tidak benar-benar tahu apa masalah saya, apa yang saya hadapi, apa yang saya lakukan, apa yang saya mahukan. Anyway, Alhamdulillah sebab suami menyokong. Dia yang lebih memahami.Thank you dear husband.

Siapa kata seorang suri rumah tiada cita-cita??? Sila ubah tanggapan tu. Semua orang ada cita-cita yang diimpikan agar jadi kenyataan. Jika tiada perkara yang baik yang boleh diucapkan, lebih baik diam. Kan?

Tak mengapa.Allah lebih mengetahui.Allah tahu apa yang terbaik.

Saya puas dapat jaga anak-anak. Masih cuba memperbaiki diri untuk menjadi ibu mithali. Tiada manusia sempurna di dunia ini. Jadi perlu saling lengkap-melengkapi.

Entry ini bukan untuk memburukkan sesiapa..Cuma sekadar pandangan dan luahan. Sebab rata-rata mentality kita masih memandang rendah suri rumah yang ada ijazah. Ketahuilah, bukan mudah untuk membuat keputusan ni. Bukan suka-suka. Setiap orang berhak membuat keputusan sendiri. Untuk diri. Untuk keluarga. Dan semuanya dengan izin Allah.

Percayalah, semua orang punyai kebolehan masing-masing. Yang penting kita cekal, sabar hadapi dugaan yang diberi olehNya.sebab setiap sesuatu dugaan itu ada hikmahnya.

Seperti kata rakan saya,abaikan kata-kata negatif, ketepikan dan teruskan hidup bahagia.

Lilis Selection.

Thursday, March 3, 2016

Buah Tunjuk Langit

Assalamualaikum

Entry kali ni adalah tentang Buah Tunjuk Langit

Korang mesti ade yg pernah dengar, ade yg terpinga2 nak tau buah ape ni kan?
Ok,,sbnrnya sy pon baru tau about this buah bila mak sedara saya disahkan menghidap penyakit kecing manis dan one of my cousin perkenalkan ubat ni pada beliau. Mmg kate dia turun kencing manis dgn jayanya! Alhamdulillah!

Jadi memandangkan my mom pon ade pyakit kencing manis, kolestrol dan darah tggi (3 serangkai org kate)..my mom dia berminat nak try ubat ni..sebelum ni kalau uoll nak tau..my mom sukeeee sgt2 dgn teh tarik kawww(pekat dan manis berkrim) hmmm..paham2 jela kandungan gula dalam tu kan
Sy sgt risaukan kesihatan mak sy tu..dan skrg beliau pn da makan ubat tunjuk langit ni.consume dalam 2 bulan..as a result....tekanan darah mak sy da turun.darah ok..BUT! kencing manis masih pada tahap tggi..yaitu 12 !!.. Aduilapon! tapi still syukur sebab xteruk sgt macam dulu..

Tapi xpe..skrg my mom da kurangkan minum teh tarik..hopefully dapat sembuh seperti sediakala hendakNYA..AMIN..(masalah mak aku ni satu je kadang x pantang makan.dia kate makan tu sodap lahai...hai hai..)

Nak tengok x gope buah tunjuk langit ni camno?? Haaa..ekau tengok botul2...kek bawah ni yo:

 Haa.ni dia buah tunjuk langit tu
amacam?ade cam rupa alien x kat situ. tapi bentuk dia mmg unik kan



Ni kita close up sikit buahnya. bila bukak kulit tu dalam ade isi putih mcm kuaci tu
rase buah ni sangat la pahit kate mak saya.kalau pagi makan, sampai ke petang boleh rasa.
tapi elok untuk kesihatan


Kat bawah ni adalah khasiat buah tunjuk langit.saya ambil dari satu forum ni:


Antara khasiat-khasiatyang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-


1.Anti-penuaan
2.Kekejangan otot
3.Alahan kulit / Psoriasis
4.Kurang Bertenaga / Keletihan
5.Asma / Alahan Pernafasan
6.Masalah Tidur
7.Barah / Ketumbuhan
8.Penyakit Jantung
9.Gout / Artritis / Gastrik
10.Penyakit Hati
11.Haid dan Keputihan
12.Resdung / migrain
13.Hubungan Kelamin Strok
14.Kolestrol tinggi
15.Sembelit / Buasir
16.Kencing manis
17.Tekanan darah tinggi
18.Kegemukan Tekanan darah rendah
19.Kesuburan
20.Tulang Belakang



Haa..byk kan khasiat?? Orang dulu2 mmg xde sgt ubat2 hospital ni..jadi ramai yg pilih cara natural.. tapi segala penyakit dan kesembuhan tu pn dengan izin Allah. jadi dia yang maha mengetahui

Jika sakit kita cari ikhtiar utk sembuh.selebihnya serah pada Allah s.w.t.


Anyway, tengah taip entry ni..saya dapat info dari group wassap ade kejadian gempa bumi kat sumatera..n ade tsunami kecil setinggi 10cm bakal melanda langkawi dalam masa 4 jam..

Semoga kita semua dilindungi Allah dari sebarang bencana. amin ya rabbal a'lamin..
(sebenarnya seram tau kalau dengar2 gempa ni..sebab teringat2 masa kejadian di acheh dulu yg meragut byk nyawa..tapi beringatlah, Allah jadikan sesuatu tu pasti ade hikmah di sebaliknya kan)

Ok dear, emtry stop smpi sini dulu. jumpa lagi di lain entry ya!

Wassalam..


Lilis Selection.